Tips Pemilihan Kemeja Korporat

June 14, 2017 F1 Uniforms +60103425700 0 Comments

Kemeja korporat bukan hanya sekadar sehelai pakaian harian yang biasa. Ia mampu memberi impak terhadap penampilan ke pejabat, menghadiri mesyuarat penting mahupun majlis formal. Namun tak ramai di antara kita tahu memilih kemeja korporat yang sesuai untuk aktiviti harian di pejabat. Perlu diingat, setiap orang mempunyai bentuk tubuh dan personaliti berbeza, dan ini membuatkan seseorang itu kelihatan berbeza. Banyak perkara yang perlu kita tahu tentang sehelai kemeja korporat. Ini termasuklah kualiti, stail dan perinciannya. Tips berikut membantu kita semua memilih sehelai kemeja korporat yang tepat.

1. Warna
Kombinasi warna yang sesuai dalam kemeja korporat amat penting untuk menjaga imej korporat syarikat. Kebanyakan syarikat2 membuat pemilihan warna berdasarkan warna korporat masing-masing. Untuk mendapatkan kemeja korporat yang kasual dan menarik, pemilihan warna mesti kurang daripada 3 warna utk mendapatkan kemeja korporat yang menarik.

2. Fabric

Kebanyakan pelanggan masih tertanya-tanya tentang pemilihan fabric yang sesuai dalam
membuat kemeja korporat. Pemilihan fabric yang betul amat penting dalam menentukan keselesaan kepada si pemakai. Terdapat 3 jenis fabric yang popular pada masa kini yang sering digunakan iaitu:

i) Comb Cotton
Kain jenis ini mudah dibasuh,lembut,tahan lama,sejuk dan selesa dipakai. Keburukan cotton ialah ianya cepat melebar dan warnanya cepat hilang dibawah cahaya matahari. Pakaian sukan dan pakaian kanak-kanak disarankan memilih kain jenis ini.
ii) Viscose
Viscose mempunyai rupa seperti sutera dan rasa, ia bernafas seperti kapas dan mempunyai baik 'drape.' Ia agak ringan, mengakibatkan dalam pakaian ringan.

iii) Poly Soft

Poly Soft mempunyai sedikit reputasi buruk, tetapi fabrik Poly Soft kdg2 mempunyai rasa agak bagus. Kelebihan adalah bahawa ia adalah kuat dan tahan Kusut, pakaian Poly soft itu mengekalkan bentuk mereka agak baik. Anda sering akan mendapati Poly soft dicampur dengan kapas untuk membantu kapas mengekalkan bentuknya dan mencegah ia dari kedutan (ini dikenali sebagai harta tekan 'tetap').
Poly Soft adalah berdaya tahan dan tahan kerosakan biologi, ia memakai cukup baik dan mudah untuk mencuci.
Kain Polysoft 100% sebenarnya agak lembut dan licin.

3. Design/ Reka Bentuk

Pemilihan design yang betul menambahkan lagi daya tarikan kepada si pemakai. Design kemeja korporat yang simple dan unik amat penting dalam menentukan identiti korporat sesebuah syarikat. Ramai pelanggan tidak berani bermain dengan kemeja korporat yang mempunyai pelbagai design. Kemeja bercorak membenarkan kita mencipta stail tersendiri dan disuaipadankan dengan aksesori tertentu. Kemeja bercorak dengan latar belakang putih biasanya lebih formal berbanding yang berwarna. Kemeja dengan corak garisan juga lebih sesuai untuk sesuatu upacara.

4. Saiz

Perkara penting yang mesti anda tahu dan pastikan sebelum membeli sehelai kemeja korporat adalah saiznya. Adakah saiz yang anda pilih sepadan dengan saiz tubuh anda? Adakah ia terlalu kecil atau terlalu besar? Kini terdapat pelbagai jenis potongan kemeja. Slim fit antara yang semakin popular berbanding potongan klasik. Untuk anda berbadan besar, pilihlah saiz yang sepadan. Saiz terlalu besar membuatkan anda kelihatan lebih besar. Bagi mereka yang agak berotot, slim fit membuatkan anda tampil segak bergaya.

Oleh : @fadzilaripin

You Might Also Like

0 comments: